Skip to content

Sudah terantuk baru terasa sakitnya…..

August 14, 2013
by

Assalamualaikum..

rejected-insurance-claim-form

Hari ini saya ingin kongsikan satu pengalaman saya yang mana saya rasa bagus di jadikan pengajaran untuk kita semua.. Pada pendapat saya inilah lumrah yang berlaku kepada bangsa kita.

Kisahnya begini.

Pada minggu lepas saya di hubungi oleh seorang anak muda di selangor meminta saya berjumpa dengannya untuk mengetahui lebih lanjut tentang plan medical daripada Great Eastern Takaful. Seperti biasa, saya aturkan temujanji dan berjumpa dengannya.

heart bypass surgery

Antara soalan-soalan yang di tanya oleh pemuda itu.

Bolehkah mohon medical card jika sudah berusia 62 tahun, Tempoh boleh menggunakan menggunakan medical  card, dan lain-lain

Jawapan saya, Boleh ini kerana had umur untuk permohonan medical card di Great Eastern Takaful sehingga usia 70 tahun dan dengan syarat mesti sihat, Tempoh penggunaan seperti biasa… bla bla bla…

Dipendekkan cerita.

Sebenarnya dia nak ambil untuk ayahnya. Kini ayahnya ada masalah jantung dan kena buat pintasan. Kos rawatan menelan belanja hampir RM50,000. Sebab tu dia beria-ria nak dapatkan medical card.

Malangnya saya tak dapat nak bantu apa-apa. Di sebabkan itu dia beria-ria minta tolong. Yang tak boleh tahan tu siap kata nak bagi RM5,000 kalau boleh guna medical card. Saya kata jangankan RM5,000, RM20,000 dia nak bagi pun memang saya tetap tak boleh nak tolong. Takaful harus dimiliki semasa sihat dan bukan semasa sakit.

Kesimpulannya

1- Takaful harus dimiliki semasa anda sihat

2- Nilai wang anda sudah tidak bermakna untuk takaful jika masa nak mohon anda sudah sakit (kecuali agent yang tak beretika ambil juga demi keuntungan peribadi)

3- Agent takaful ni bukan seperti plumber yang mana dah bocor bau nak cari.

4-Takaful ni adalah wang anda di saat kecemasan..

Untuk keterangan lanjut berkenaan dengan Medical card Great Eastern Takaful anda bolehlah menghubungi saya.

fauzi great eastern takaful

019-7855885

No comments yet

Leave a comment