Skip to content

i-Medik Plus Rider -nilai tambah kepada pelanggan.

June 9, 2014
by

i-Medik Plus Rider
Rider Takaful Perubatan dan Kesihatan dengan penolakan unit yang meningkatkan perlindungan perubatan yang ditawarkan oleh i-Medik Rider untuk membantu anda membuat persediaan bagi menghadapi kos perubatan yang kian meningkat.

Nota: Risalah ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan brosur i-Medik Rider kerana i-Medik PlusRider hanya boleh disertakan jika i-Medik Rider dilampirkan pada pelan asas yang sama.

Disebabkan peningkatan dalam kos perubatan, perlindungan yang mencukupi adalah penting untuk memastikan anda mempunyai akses kepada penjagaan perubatan yang sesuai apabila diperlukan. i-Medik Plus Rider keperluan kesihatan yang bersesuaian dengan kehendak anda dan keluarga anda.

Penambahan kepada Had Bilik dan Penginapan Hospital Anda

i-Medik Plus Rider menawarkan penambahan kepada had Bilik dan Penginapan Hospital bagi i-Medik Rider anda pada akhir setiap 3 tahun sijil, sehingga jumlah kumulatif sebanyak 100% daripada had permulaan Bilik dan Penginapan Hospital bagi i-Medik Rider anda.

Setiap peningkatan pada had Bilik dan Penginapan Hospital bagi i-Medik Rider anda pada akhir setiap 3 tahun sijil adalah bersamaan dengan 10% daripada had permulaan Bilik dan Penginapan Hospital bagi i-Medik Rider anda.

Nota: Tertakluk kepada terma dan syarat.

Perlindungan lanjutan bagi Rawatan Selepas Kemasukan Hospital

Berbanding perlindungan 90 hari bagi Rawatan Selepas Kemasukan Hospital seperti yang ditawarkan dalam i-Medik Rider, i-Medik Plus Rider melanjutkan tempoh perlindungan ini dari hari ke-91 hingga hari ke-180 selepas keluar hospital.

Nota: Tertakluk kepada terma dan syarat.

Manfaat Bagi Mereka yang Menemani Anda di Hospital

Nikmati Manfaat Harian bagi Penjaga sehingga RM200,bergantung kepada pelan pilihan anda, sehingga maksimum 180 hari bagi setiap tahun sijil, bagi perbelanjaan yang ditanggung untuk makanan dan tempat tinggal oleh penjaga anda, apabila menemani anda semasa kemasukan ke hospital.

Nota: Tertakluk kepada terma dan syarat.

Elaun Tunai Harian untuk Anda

Anda akan menerima Elaun Tunai Harian sehingga RM350, bergantung kepada pelan pilihan anda, sehingga maksimum 120 hari bagi setiap tahun sijil, jika anda dimasukkan ke Hospital Kerajaan Malaysia.

Nota: Tertakluk kepada terma dan syarat.

Manfaat Kematian Kemalangan Tambahan

Jika kematian berlaku akibat kemalangan, i-Medik Plus Rider menyediakan Manfaat Kematian akibat Kemalangan Tambahan sehingga RM20,000, bergantung kepada pelan pilihan anda, sebagai tambahan ke atas Manfaat Kematian Kemalanga

Nota: Tertakluk kepada terma dan syarat.

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: