Skip to content

Keikhlasan dalam melakukan tugasan

March 29, 2014
by

Kerapkali dalam melakukan tugasan sebagai agent takaful kita amat disarankan agar ikhlas dalam melakukan tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Jangan difikirkan dahulu tentang ganjaran dan hasil yang bakal diperolehi apabila tawaran dikemukakan dan boleh diterima. Apa yang patut dilakukan adalah bagaimana kita boleh menolong dan membantu seseorang itu untuk selesaikan masalah yang dihadapi…

Bohong kalau dikatakan bahawa ikhlas cukup mudah untuk dilakukan. Bayangkanlah sewaktu para sahabat sudah pasti akan menangis dan mengeluarkan air mata kerana betapa sukar untuk melakukannya. Ikhlas adalah amalan terbaik dan paling tinggi selepas iman dan takwa. Sudah semestinya ia adalah rahsia Allah.Sedangkan malaikat dan tuan punya diri pun pasti tidak akan mengetahuinya. Melalui keikhlasanlah akan menentukan samada segala amalan kita boleh diterima atau pun ditolak oleh Allah SWT.

Apa yang dikhuatiri dalam kita berniat untuk seikhlas mungkin tetapi rupa rupanya ada terselit niat niat yang nagetif umpama bak kata pepatah ada udang di sebalik batu. Rupa rupanya ada niat seperti ingin menjadi popular, mendapat perhatian orang lain, ingin mendapatkan habuan dunia semata dan terarah kepada kepentingan peribadi. Kalau inilah yang diutamakan maka Allah sudah pasti tidak akan membalas kebaikan kerana terdapat niat niat yang terselindung dan membawa kepada perkara perkara yang tidak baik pula. Tidak menjadi kesalahan kalau inginkan satu kedudukan terbaik tetapi biarlah dengan cara yang diredhai Allah…

Fauzi takaful great eastern

019 7855885

Agent Takaful Idaman Anda

February 8, 2014
by

Bakal pelanggan pasti amat gembira andaikata agent yang hadir di depan mereka adalah seorang makhuk Allah yang benar benar telus dan ikhlas dalam melakukan jualan. Tiada siapa pun dalam dunia ini yang sanggup untuk ditipu atau dikelentong begitu sahaja. Dan tiada siapa pun yang sanggup buang masa mereka untuk mendengar persembahan dari kita.

Sikap dan akhlak yang terpuji amat diperlukan. Akhlak yang terpuji sudah pasti akan memberi impak yang cukup besar dan mudah untuk kita berkomunikasi dengan bakal pelanggan yang berada di hadapan kita. Bukan untuk mendabik dada tetapi sentiasa  merendah diri itu yang menjadi keutamaan. Seorang agent dengan akhlak yang terpuji sudah pasti jualannya cukup mudah dan digemari oleh bakal pelanggan.

Antara akhlak akhlak yang perlu ditonjolkan kepada bakal pelanggan  sebagai seorang agent adalah;

– Jujur

– Ikhlas

– Berhemah

– Tepati masa

– Sikap ingin tahu dan ambil berat

– Bertimbang rasa

– Pemurah

– Lakukan dengan penuh minat

– Menghormati

– Kreatif

– Disenangi

– Positif

– Ramah

– Tiada mengambil kesempatan

Mudah sangat untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan dari bakal pelangan. Bila kepercayaan telah diperolehi sudah tentu semakin mudah untuk melakukan jualan. Kesemuanya bergantung kepada keperibadian diri kita. Kadang kadang bakal pelanggan yang berada di hadapan kita bukan hanya untuk melihat produk yang ditawarkan semata mata tetapi sebenarnya bakal pelanggan akan menerima tawaran hanyalah kerana terpesona dengan akhlak yang kita tunjukan pada mereka.

Tak rugi pun apa yang kita lakukan adalah dengan memberi sesuatu yang terbaik dan menyenangkan hati mereka.

ingin mencari agent idaman anda

sila hubungi

fauzi great eastern takaful

019-7855885

2014 Cabaran Dan Pencetus Semanagat Baru

January 17, 2014
by

Selamat tinggal 2013 dan selamat datang 2014. Pelbagai azam dan semangat baru telah terbina terlebih dahulu dalam mengharungi tahun 2014. Sesuatu tuah tidak akan hadir begitu sahaja melainkan dengan usaha yang gigih dan bersungguh sungguh. Jangan sesekali berkata sukar dan payah dengan kehadiran tahun baru ini tapi jadilah kehadirannya sebagai landasan untuk terus mencipta kejutan dan kejayaan dalam melakukan tugasan. Bukan sekadar cakap kosong di warung kopi untuk menyedapkan diri kita sahaja. Tampa usaha dan tindakan yang betul sudah pasti tidak kemana juga hasilnya. Sempena kehadiran tahun baru ini marilah kita sama sama bina kekuatan dan motivasi diri agar kejayaan yang kita idamkan boleh kita nikmati sepanjang tahun 2014 ini.

Antara tindakan tindakan yang perlu dilakukan adalah

1) Berkerjalah dengan gerbira

2)Mencintai dan menghargai

3) Jangan sesekali berdendam dan bersedih

4) Jaga kesihatan

5) Rancang tugasan dengan baik

6) Hidup ini bukan sempurna

7) Elakan memberi pelbagai alasan dan ulasan

Disiplin adalah tunjang kepada kejayaan.Kalau kita tidak disiplinkan diri kita sendiri macammana kita hendak lakukan yang terbaik.Kejayaan yang diingini bukannya boleh dinikmati semudah membaca ABC tetapi perlu dilakukan dengan kesungguhan dan kegigihan selari dengan perancangan yang kita aturkan. Jangan mudah putus asa dan kecewa tapi anggaplah satu ujian dan cabaran yang perlu kita tempuhi. Mulakanlah langkah pertama dengan langkah kanan agar pintu rezeki yang kita idam idamkan sentiasa berada disisi kita sampai bila bila.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2014

fauzi great eastern takaful 019-7855885

Great Eastern Takaful Best Takaful Operator Asia 2013

January 14, 2014
by

Assalamualaikum..

Hari ini usia Great Eastern Takaful telah melepasi 3 tahun. saya berbangga menjadi salah seorang agentnya.. Dengan usia yang semuda itu Great Eastern Takaful memperolehi perbagai anugerah demi anugerah yang bertaraf antarabangsa..

great eastern terbaik

Pada 2013 Great Eastern Takaful telah mendapat pengiktirafan sebagai Best Takaful Operator Asia. Great Eastern Takaful telah menewaskan pemegang anugerah ini pada tahun lepas iaitu Prudential BSN Takaful.

prubsn-excekkebace-through-inovation-1024x313Kini membuktikan jenama Great Eastern Takaful sememangnya dipercayai ramai. Saya Yakin dengan plan plan terbaik yang ditawarkan oleh Great Eastern Takaful prestasi ini boleh di kekalkan..

Sungguhpun begitu saya percaya dan yakin masih ramai lagi orang di luar sana yang tidak mengetahui tentang perkara ini. Malah masih tidak mengetahui yang kini Great Eastern memiliki takaful.

Bukan itu sahaja, peluang dan ruang yang ada ini juga boleh digunakan sebaik mungkin untuk mereka yang berminat untuk membina kerjaya bersama Great Eastern Takaful Berhad..

Untuk keterangan  lanjut berkenaan plan ataupun kerjaya di Great Eastern Takaful ini anda bolehlah menghubungi saya.

fauzi great eastern takaful

019 7855885

 

Kos Rawatan Dialisis Buah Pinggang

December 7, 2013
by

Bismillahirrahmanirrahim..
 
 

 Kos Rawatan Dialisis Buah Pinggang adalah sebanyak RM250/kali. Pesakit buah pinggang perlu menjalani rawatan sebanyak 3 kali seminggu. Jumlah bayaran selama sebulan adalah sebanyak RM3,000/bulan. Ini adalah kos di tahun 2008. Apa agaknya kos Dialisis Buah Pinggang pada tahun 2013 dan tahun-tahun yang akan datang??

 
Dialisis perlu dilakukan bertujuan untuk menjalankan kerja-kerja yang selama ini dilakukan oleh buah pinggang kita iaitu, mengeluarkan lebihan air dan membuang bahan-bahan terbuang daripada badan kita.
 
Kewujudan pusat-pusat dialisis swasta di Malaysia memberikan kemudahan kepada pesakit yang perlu mendapatkan rawatan dialisis buah pinggang. Dengan jangkaan peningkatan 7% setahun pesakit buah pinggang di seluruh dunia, diharapkan kewujudan pusat-pusat dialisis ini dapat menampung keperluan dialisis setiap hari.
 
Pembiayaan Kos Rawatan Dialisis oleh Medical Card Great Eastern Takaful
 
Kegagalan Buah Pinggang adalah salah satu daripada 36 penyakit kritikal….
 
“Kegagalan buah pinggang tahap akhir yang diwakili oleh kegagalan kronik yang tidak boleh dipulihkan bagi kedua-dua buah pinggang untuk berfungsi, yang mengakibatkan Orang yang Dilindungi memerlukan dialisis tetap atau pemindahan buah pinggang.”
 
Anda berhak mendapat PENGECUALIAN Pembayaran Manfaat Takaful jika anda disahkan mengalami penyakit-penyakit kritikal. Dalam bahasa mudah, anda tidak perlu membuat caruman bulanan takaful tetapi anda tetap dilindungi.
 
Bagi mereka yang sudah mempunyai Medical Card Great Eastern  Takaful, anda tidak perlu risau kerana Kos Rawatan Perubatan akan ditanggung oleh Pihak GreatEastern Takaful.
 
Bagi mereka yang BELUM mempunyai Medical Card Great Eastern Takaful, bolehlah menghubungi saya..
Fauzi great eastern takaful
019-7855885

suami sakit, isteri tuntut cerai…

November 30, 2013
by
  • Suami sakit, isteri tuntut cerai
  • Semah dan Mohamed Noor menjaga dan menguruskan segala keperluan Abd Manas yang terlantar di rumah mereka di Kampung Tualang Rendah, Selising.

PASIR PUTEH – Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah ungkapan yang menggambarkan nasib malang menimpa seorang pemuda yang terlantar sakit sejak enam bulan lalu, sebelum isterinya menuntut cerai tanpa alasan munasabah.

Abd Manas Mohamed Noor, 31, yang diserang penyakit jantung dan lumpuh kini bergantung harap kepada kedua orang tuanya yang dihimpit kemiskinan.

Akibat penyakit itu, dia pernah koma selama hampir sebulan kini mengalami kekejangan otot, selain tidak sedarkan diri untuk tempoh tertentu.

Lebih menyayat hati, apabila dalam keadaan begitu, isterinya yang berusia 40 tahun dikatakan tidak sanggup berkongsi derita lalu mengambil keputusan pulang ke negeri asal, Pulau Pinang bersama anak tunggal berusia lima tahun selepas menuntut cerai daripadanya.

Abd Manas dari Kampung Tualang Rendah dekat sini, pernah bekerja sebagai pemandu lori di kedai alat pembinaan tetapi terpaksa berhenti kerana penyakit yang ditanggungnya.

Dia dimasukkan ke Hospital Tengku Anis (HTA) sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ), Kota Bharu pada 16 Mei lalu, dalam keadaan koma untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Selama 28 hari, tidak menampakkan tanda dia akan sembuh dan akhirnya pada 14 Jun lalu, Abd Manas `diminta’ pulang ke rumah oleh pihak hospital dalam keadaan tengkuknya masih berlubang dibaluti tiup plastik.

Kini dia terlantar di rumah dengan hanya sekali sekala dikunjungi kakitangan perubatan untuk memberi rawatan susulan.

Ibunya, Semah Awang Deraman, 55, berkata, dia bersama suami, Mohamed Noor Ibrahim, 62, dan anak-anak lain terpaksa menjaganya walaupun mereka dihimpit kemiskinan.

Menurut Semah, tiada apa yang mampu dilakukan keluarganya sekarang bagi mengubati penyakit yang dialami Abd Manas, selain memberikan kasih sayang.

“Makcik dah tak tahu nak buat macam mana, hanya kasih sayang yang dapat makcik berikan, dia sepatutnya dijaga isteri tapi apa nak buat, nasib malang terus menimpanya.

sumber sinar harian 30/11/2013

” begitulah kisah penderitaan yang dialami oleh Abd Manas ibarat jatuh ditimpa tangga”….

tiada siapa pun mahu keadaan seperti ini, dan tiada siapa pun yang boleh mengelak risiko

penyakit keritikal seperti ini…kita hanya boleh berikhtiar bagaimana hendak mengatasi

masalah seperti ini…sekurang2nya boleh meringankan beban kewangan…fikir fikirkan

hubungi saya utk penerangan percuma

fauzi 019-7855885

terpaksa berhutang untuk menampung kos perubatan…

November 15, 2013
by

Pn Salmah tidak pernah jatuh ke dalam cengkaman hutang sewaktu membesarkan anak-anaknya. Kesemua anaknya telahpun dewasa dan mempunyai kerja tetap. Anak perempuan Pn Salmah kemudiannya melahirkan seorang anak lelaki yang menjadi harapan beliau. Selepas beberapa tahun membanting tulang berkerja, beliau tidak sabar untuk bersara dan berehat sambil meluangkan masa dengan cucu-cucunya. Malangnya, cucu Pn Salmah mengalami kemerosotan kesihatan. Beliau terkejut mendengarnya. Beliau tidak pernah membayangkan cucunya memerlukan pelbagai pembedahan untuk kegagalan jantung kecilnya itu.

Puan Salmah dan keluarga bertungkus lumus menjaga cucu kesayangan beliau. Mereka turut memastikan dia menerima rawatan perubatan yang terbaik supaya dia dapat diselamatkan dan memberi peluang untuk hidup secara normal. Apabila kedua-dua anak perempuan dan menantunya tidak dapat menanggung kos untuk anaknya itu, Pn Salmah melibatkan diri lalu mengambil tanggungjawab menjaga kesihatan cucunya yang makin merosot.

Untuk menyelamatkan cucu beliau, Pn Salmah terpaksa mengumpul wang yang cukup untuk membiayai kesemua bil rawatan cucunya. Beliau tidak tahu kepada siapa untuk mendapatkan pembiayaan lalu membuat keputusan untuk mengeluarkan simpanan KWSP. Apabila wang itu telah habis diguna, beliau menggunakan kad kredit untuk menyelesaikan bil-bil perubatan yang selebihnya. Malangnya tanpa disedari, bil kad kredit Pn Salmah melonjak tinggi.

Pn Salmah tidak mampu membiayai jumlah kos bil yang tinggi dan akhirnya telah memenuhi had kad kreditnya. Setelah itu, beliau mula gagal membayar bil kad kreditnya dan juga lambat dalam pembayaran pinjaman keretanya. Walaupun keadaan cucunya bertambah baik  disebabkan pembedahan, kewangan Pn Salmah memerlukan perhatian yang mendalam. Beliau telah berhutang sebanyak RM80,000 dan tidak mempunyai penyelesaian. Apabila keretanya ditarik dan dihantar pelbagai surat guaman oleh pemiutang. Alangkah baiknya jika sebelum ini dia mengambil langkah persedian dengan mengambil plan takaful/ medikal kad…tapi semuanya sudah terlambat dan terpaksa menaggung beban hutang…fikir fikirkanlah..

hubungi

fauzitakaful

019 7855885